antara penggiat seni lagenda negara..karya2 beliau x byk yg aku tau, tapi lagu ni mmg cukup popular..kalau x silap, cover lagu ni dlm pelbagai jenis bahasa dah byk d buat..lagu yg aku maksudkan ialah Memikat Hati..kisah hidup seniman ini sgt perit skali..kalian smua bule baca serba sedikit profile R Azmi d bawah..credit kpdcredit kepada encik Ghaz,KL..Dipetik dari www.hamlau.com

R Azmi dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah, Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri dalam bidang seni.Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan utk mendekati golongan rakyat pd zaman dulu yg begitu mengagungkan R dan takut ketulahan.
Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio, Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu.
Pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee.Pernah dr Klang ke Melaka utk buat persembahan dgn berbasikal
Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R Azmi terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau. Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin juga melengkapkan gambaran itu.

R Azmi bersama Tan Sri P Ramlee dlm satu persembahan
R Azmi meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor.
Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya. Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.
Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.
Profil R Azmi
Nama Sebenar: Raja Azmi Raja Ambiah
Lahir: 1923
Asal: Kuala Kangsar, Perak
Tahun Meninggal Dunia: 1974
Kerjaya: Penyanyi/Pencipta Lagu
Antara Lagu Popularnya: Memikat Hati, Dari Kerana Mata, Si Cantik Manis, Hore Hore Samba dan Di Bawah Bulan Purnama.
Lagu MEMIKAT HATI
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che’ Mamat menjual padi
Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che’ Mamat menjual padi
Cantiklah pun tidak sebagailah mana
Sudah tersemat di dalam hati
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan
Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguhlah pun jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Lagu/Nyanyian: R Azmi
credit kepada encik Ghaz,KL
Dipetik dari www.hamlau.com
Recent Comments