Filem Sepi [2008]
*peringatan : kalau anda blum tgk dan mo tgk filem ni bsuk2, bagus jgn baca dulu review aku ni..jgn bilang aku x warning awal2 arr..smoga terhibur>_<
Sepi, satu lgi filem “Standby Tissue satu dozen” karya pengarah yg asal dari India[x tau apa suda nama dia]..kalau aku nilai antara smua filem2 beliau, Love[bukan Love is chentaa..hehe tanx Ji for correcting my error] sahaja yg msi aku bule tabik spring..tapi apa sebabnya yg buat aku mo tgk filem “Sepi” yg penuh kesepian ni..seolah-olah semacam satu pertarungan antara ‘Sepi’ dgn ‘Hepi’..got the tense oready..hehehe..dipanjangkan crita..kebetulan smlm member bwa pigi tgk filem Kung Fu Panda, jadi aku reply..ok no hal..org blnja, best ka ndak pigi ja..hehe..tapi inilaa jadinya kalau tgk film yg mo habis tarikh wajib tayang..smata-mata mo tgk Panda seekor ni, abis smua panggung d KK ni kami serbu..menghampakan..huhu..dan lebih teruk lgi, tiada lgi filem lucu yg bule d tgk..lantas aku bagi idea yg bule mempersoalkan ketabahan diri lelaki sma member aku ni..ikuti perbualan kami -
Shamo23 : Wan, tgk Sepi jala kita..amcm?
Wan : wayang apa tue?..lucu ka ndak?
Shamo23 : haha, kalau ko mo tgk ni filem , ko mo kna tabah laa..aku kestau ko awal2..
Wan : bagus ka ndak?..
Shamo23 : ada c Eja sma Baizura kahar..hehe
Wan : sapa tue?..best ka ndak?
Shamo23 : tgk ja..
last2 kami pun pigilaa beli tiket Sepi d GSC, jam 9.30pm ..time msuk, Sepi ja panggung..x rmai urg..huhu..bantai ja..aku duduk ja trus start wayang..aisemen..ini suda bagus..x pyhlaa kita mo tgk iklan2 DIGI atau iklan minyak kreta atau iklan dilarang merokok dan meludah dlm panggung..kacau daun punya iklan..Astro pun skrg suda byk iklan..apahal???
Sepi : crita mengenai 3 individu berbeza tapi saling kait mengait..mmg samalaa formulanya mcm filem Cinta atau Love is Cinta..pelik, knapa pengarah ni suka btul pakai formula yg sama..hmmm..antara ketiga-tiga individu yg aku mentioned earlier..dua daripadanya iaitu watak Sufi[seorang suami yg tlh kehilangan isteri dlm nahas jalanraya] dan Imaan[seorg gadis yg ada masalah mental slps kematian kekasih..yeah Imaan, itu nama perempuan ok..aku pun baru tau]..dua watak ni bagi aku x feel sgt, i dun like the idea of Sufi yg cuba mo rebut isteri org dan Imaan yang dilakonkan oleh Baizura Kahar, dlm filem ni Baizura pakai rambut palsu yg nmpk sungguh kepalsuan rambut tersebut..arrggghh..knapa msti pakai rambut palsu?..
Satu lgi watak yg aku blum sebut dan i believe i have saved the best for last ialah watak Adam yg dilakonkan oleh bro kita Abg Afdlin Shauki..seorang pengusaha Bakery cake shop yg solo dan ‘kesepian’..apa ndak, pigi majlis kahwin pun solo2[tiada awek]..mcm sapa tu arrr..huahaha..bagi aku watak Adam pembawaan Afdlin mmg hidup, plus dgn lawak kodok selamba..bukan aku sahaja, awek cute d blkg aku pun ketawa..hehe sometime aku rasa mcm ada percikan hujan[air liur..eeuwww] dari blkg datang menghinggap pada aku..nasib baik awek cute..huhu..tapi ada satu line skrip antara Afdlin dan Vaneeda yg aku ingat smpai skrg..
Vaneeda : Awak cari saya ker?
Afdlin : Yeah..seumur hidup saya wak..
wah..masa nilaa aku terus buat salute tumbuk dada kiri dua kali yg jarang2 aku buat pada filem Malaysia..mungkin inilaa kali pertama..brilliant..skrip yg bagus..pndai org ni buat skrip..ringkas dan terus ke hati..woohoo..dan aku mmg rekomen kamu smua tgk filem ni..bukan atas dasar ingin menyokong filem Malaysia, tapi dah mmg filem ni bagus..bukan smuanyalaa bagus..cuma part Afdlin dan Vaneeda jalaa yg btul2 thumbs up!!!..dari segi teknikal..mmg superb dan kualiti mcm iklan Teh lipton..artistik dan kualiti mcm iklanlaa..bukan iklan murahan ok..imagine iklan mahal dan hebat tapi dlm kuantiti 10 kali ganda..mungkin jga kurang..hehe..pigilaa tgk..x kan mo tggu dia main d TV1 ja atau dload dari torrent ja..
Sokonglah produk buatan dari Malaysia / errrr India? >_<













Recent Comments